Thursday, 19 July 2012

apa itu VB.Net


TAJUK :  PENGENALAN PERISIAN VB.NET 2005, PENGENALAN ALGORITMA DAN PENERANGAN SIMBOL-SIMBOL YANG DIGUNAKAN UNTUK MEMBINA CARTA ALIR.

TUJUAN : 
Kertas penerangan ini bertujuan untuk menerangkan kepada pelajar / pelatih mengenai pengenalan perisian vb.net 2005, pengenalan algoritma dan penerangan simbol-simbol yang digunakan untuk membina carta alir.

1.    Pengenalan VB.Net 2005

Program Visual Basic 2005 adalah versi terbaru dari program Visual Basic. Seperti yang kita ketahui, program Visual Basic adalah bahasa pemprograman yang paling mudah dikuasai oleh para pengguna. Dalam versi yang terbaru ini, program Visual Basic 2005 (disingkat VB 2005) menawarkan banyak kemudahan lagi dibandingkan versi-versi sebelumnya, antara lain teknik pemprogram dapat dibuat lebih berstruktur dan lebih banyak bantuan dalam pemprograman. Jauh lebih mudah untuk menguasainya dibandingkan dengan versinya yang terdahulu, yaitu Visual Basic 6 (disingkat VB6). Ada banyak perubahan dalam VB 2005 ini dibandingkan VB6, antara lain:

  • Bahasa pemprograman sekarang benar-benar bahasa berbasis objek (Object Oriented Programming), sedangkan VB6 bukan bahasa berbasis object.
  • Aplikasi dan komponen yang ditulis di VB 2005 mempunyai akses penuh ke Net Framework. Sedangkan di VB6 tidak dikenal atau tidak digunakan Net Framework.
  • Semua aplikasi yang dibuat beroperasi dalam manajemen Common Language Runtime (CLR).

2.    Kepentingan Visual Basic.Net 2005

Microsoft Visual basic.Net adalah sebuah alat untuk mengembangkan dan membangunkan aplikasi yang bergerak di atas sistem .NET Framework, dengan mengunakan bahasa BASIC.

-  Menyediakan antaramuka grafik dengan mudah,
- Mengawal pelaksanaan aturcara..
- Melakukan aturcara secara berstruktur.
- Mengawal ralat dengan mudah.


 3.     Asas menggunakan perisian Visual Basic 2005

3.1  Pengenalan kepada ikon-ikon di dalam perisian Visual Basic 2005


RAJAH 1

3.2  Keterangan kegunaan setiap ikon-ikon di dalam perisian Visual Basic 2005

IKON

KETERANGAN

Menu Bar

Merupakan menu standart pada visual basic studio 2005

Tool Bar

     Daftar  tool (perangkat) untuk menjalankan perintah yang sering digunakan di dalam aplikasi

Tool Box

   Daftar control yang dapat ditambahkan ke dalam program sebagai antaramuka (interface)

Form Designer

       Digunakan untuk mengedit tampilan form serta menyusun posisi kontrol pada form.

    Solution Explorer

     Digunakan untuk mengolah file dan projek berhubungan denagn solution.

Properties

  Digunakan untuk mengedit property dari form dan kontrol yang sedang diedit.

Error List

Menampilkan pesanan kesalahan dan ralat jika ada.






4.    Pengenalan Algoritma

4.1 Sebelum suatu fail pengaturcaraan komputer ditulis, perancangan awal merupakan amalan utama yang perlu dibuat. Penghasilan algoritma merupakan perkara pertama bagi menyelesaikan masalah dalam penyediaan pengaturcaraan.
Algoritma ialah satu set aturan atau proses yang telah ditentukan dan telah ditakrif untuk dibangunkan bagi penyelesaian sesuatu masalah. Algoritma digunakan bagi mentafsirkan masalah ke dalam bentuk yang mudah difahami.
Algoritma perlu memenuhi ciri-ciri berikut:
o        Input                        : mesti mempunyai input
o        Output                     : menghasilkan output yang bermakna
o        Tidak ambigious     : setiap langkah dalam algoritma adalah jelas
o        Betul                       : mesti betul dan dapat menyelesaikan masalah
o        Terhingga               : mempunyai had atau penamat
o        Berkesan
o        Bahasa yang mudah difahami
Algoritma boleh diwakili atau dibentuk dengan pelbagai cara. Dua cara yang biasa digunakan ialah kod pseudo dan carta alir.
4.2 Contoh Algoritma

Ø  Anda ingin meminjam sebuah buku dari perpustakaan. Nyatakan proses yang perlu anda lalui sehingga anda memiliki buku tersebut.
Contoh algoritma bagi masalah di atas:
mula
masuk ke dalam perpustakaan
cari buku yang dikehendaki
jika buku dijumpai, pergi kaunter untuk pinjam
jika buku tidak dijumpai
datang hari kemudiannya
keluar perpustakaan
tamat

5.    Carta Alir

5.1 Carta alir merupakan proses kerja asas untuk membina sesebuah projek perisian, carta alir juga digunakan untuk menjadikan sesebuah projek perisian itu mempunyai susunan pemprosesan yang teratur dan sistematik.

5.2  Simbol yang biasa digunakan untuk membina carta alir.









BINA PROGRAM SISTEM PERTUKARAN SUHU BADAN MANUSIA MENGGUNAKAN VB 2005

TUJUAN :
Pelatih mesti boleh:

-       Sediakan peralatan.
-       Membuka dan menggunakan perisian VB.NET
-       Memasukan kod aturcara
-       Uji perisian yang telah siap dibangunkan
-       Mengesan ralat

LUKISAN, DATA DAN JADUAL :
·         Menukarkan nilai suhu badan dari unit Farenheit ke unit Celcius
·         Menyediakan julat Celcius, Amaran dan Tahap Kepanasan Suhu seperti berikut
Bil
Celcius
Amaran
Tahap Kepanasan Suhu
1
<= 10
AMARAN! BOLEH MEMBAWA MAUT
TAHAP BEKU
2
>= 11 , <= 35
ANDA SIHAT
SUHU BADAN NORMAL
3
>= 36 , <= 100
AMARAN! SILA BERJUMPA DOKTOR
AWAS! SANGAT PANAS
4
>=100
AMARAN! BOLEH MEMBAWA MAUT
AWAS! PANAS MELAMPAU
Jadual 1

·                 Hasil program selepas debug dilakukan dengan memasukan sebarang nilai suhu badan dalam unit Farenheit dann penggunaan butang TUKAR KEPADA CELCIUS
·                 Menyediakan butang KELUAR sebagai butang tambahan.
·                 Penggunaan Formula : CELCIUS = (5/9) x (Farenheit -32)

LANGKAH KERJA

BUTIRAN KERJA












1.    Sediakan peralatan.


2.     Buka perisian VB.Net






















Keselamatan

a)    Mengikut semua arahan yang diberi oleh pengajar.
b)    Menggunakan peralatan dengan cara yang betul.
c)    Elakkan dari bergurau semasa melakukan kerja
d)    Memastikan peralatan serta kawasan berada didalam keadaan baik,bersih dan selamat.


1.1  Alatan yang digunakan:-
  1. 1 unit PC dengan perisian VB.Net

2.1  Klik Start > Pilih Microsoft Visual Basic Studio 2005









                                         





                                         RAJAH 1

2.2 Satu paparan perisian Visual Studio 2005 akan muncul > Pilih Create Project > Pada tetingkap new project, pilih Windows application > Name ditukarkan kepada Sistem Tukar Suhu > klik OK



                                           RAJAH 2






Sunday, 8 July 2012

PENGENALAN DAN PEMASANGAN KABEL UTP(UNSHIELDED TWISTED PAIR)


  1. Definisi / maksud kabel

Kabel adalah pengantaraan bagi pergerakan data dari satu peralatan rangkaian ke satu peralatan rangkaian yang lain.Terdapat beberapa jenis kabel yang biasa digunakan di dalam LAN (Local Area Network).Di dalam sesuatu rangkaian hanya  menggunakan satu jenis kabel sahaja tetapi kebanyakan rangkaian menggunakan pelbagai jenis kabel.Jenis kabel yang dipilih untuk rangkaian adalah bergantung kepada topologi,protokol dan saiz yang digunakan kerana ia berhubung kait dengan rangkaian dan amat penting untuk membina sesuatu rangkaian komputer yang baik.

1.1 Jenis kabel Twisted Pair

Kabel Twisted Pair terbahagi kepada 2 jenis iaitu Shielded Twisted Pair (STP) dan Unshielded Twisted Pair (UTP).



1.1.1     Ciri-ciri kabel Twisted Pair ialah:-
a)    Ianya boleh digunakan untuk Token Ring (4@16MBps), 10BaseT (Ethernet 10MBps), 100BaseT (100MBps).
b)    Kos yang digunakan murah.
c)    Mudah untuk diputuskan / ditamatkan (terminated) dengan menggunakancrimp connector yang sesuai.

1.2 Unshielded Twisted Pair (UTP)

Didalam sistem rangkaian ,kabel UTP kerap digunakan dan merupakan pilihan yang sesuai digunakan untuk sistem rangkaian sekolah. Kabel UTP yang biasa digunakan adalah kabel yang terdiri dari 4 pasang kabel yang terpilih.Dari 8 kabel hanya 4 sahaja yang digunakan  untuk mengirim dan menerima data (Ethernet).

  1. Standard EIA /TIA 568
Standard EIA /TIA 568 menjelaskan  spesifikasi kabel UTP sebagai aturan dalam  pemasangan kabel di dalam jaringan computer.EIA/TIA menggunakan istilah kategori untuk membezakan jenis kabel UTP.Terdapat 5 jenis kategori  bagi kabel UTP iaitu:-

Kategori
Kegunaan
1
Untuk wayar telefon (suara sahaja)
2
Penghantaran data sehingga 4MBps (Local Talk) dan sering digunakan pada sistem PBX dan sistem alarm.
3
Penghantaran data sehingga 10MBps (Ethernet)
4
Penghantaran data sehingga 20MBps (16MBps token Ring)
5
a.            Disebut data grade dan merupakan kabel UTP yang terbaik.
b.           Penghantaran data sehingga 100MBps (Fast Ethernet).
c.           Panjang segmen kabel maksimum dari node ke repeater adalah
          100 meter.


1.1  Kabel UTP CAT 5

                      i.        Kabel UTP CAT 5 (kategori 5) adalah paling terkenal (popular) digunakan.
                     ii.        Terdiri daripada 4 pasang kawat twisted pair yang membawa jumlah 8 kawat didalam satu kabel UTP.
                    iii.        Setiap pasang kawat diberikan kod warna pertama iaitu biru,oren,hijau dan coklat manakala pasangannya mempunyai warna putih,berbelang dan warna pertama.
                    iv.        Pada hujung kabel CAT 5 ini dipasangkan dengan penyambung yang dikenali sebagai RJ45.
                     v.        RJ45 mempunyai bentuk yang hampir sama dengan penyambung telefon di rumah iaitu RJ11.
                    vi.        RJ 45 merupakan standard penyambung yang digunakan dalam pemasangan  kabel UTP.
                   vii.        Panjang minimum pemasangan kabel UTP ialah 100 meter.
                  viii.        Di dalam CAT 5 tidak kesemua kawat yang dipakai,hanya kawat yang berhubung pada pin 1,2,3, dan 6 sahaja yang digunakan untuk menerima data.

  1. Jenis pemasangan kabel UTP


2.1 Pemasangan lurus (straight Cable)

Pemasangan jenis ini biasa digunakan untuk menghubungkan  HUB dengan computer.

Jadual 3.1 Susunan Warna Type A

Pin
Warna
Pin
1
Putih / Jingga
1
2
Jingga
2
3
Putih / Hijau
3
4
Biru
4
5
Putih / Biru
5
6
Hijau
6
7
Putih / Coklat
7
8
Coklat
8


2.2 Pemasangan terbalik (Cross Cable)

Pemasangan ini digunakan untuk komunikasi antara computer tanpa menggunakan  HUB.Jenis susunan kabel yang digunakan dalam sistem rangkaian sesebuah bangunan ialah Type B.

Jadual 3.2 Susunan Warna Type B

Pin
Warna
Pin
1
Putih / Hijau
1
2
Hijau
2
3
Putih / Jingga
3
4
Biru
4
5
Putih / Biru
5
6
Jingga
6
7
Putih / Coklat
7
8
Coklat
8