Thursday 19 July 2012

apa itu VB.Net


TAJUK :  PENGENALAN PERISIAN VB.NET 2005, PENGENALAN ALGORITMA DAN PENERANGAN SIMBOL-SIMBOL YANG DIGUNAKAN UNTUK MEMBINA CARTA ALIR.

TUJUAN : 
Kertas penerangan ini bertujuan untuk menerangkan kepada pelajar / pelatih mengenai pengenalan perisian vb.net 2005, pengenalan algoritma dan penerangan simbol-simbol yang digunakan untuk membina carta alir.

1.    Pengenalan VB.Net 2005

Program Visual Basic 2005 adalah versi terbaru dari program Visual Basic. Seperti yang kita ketahui, program Visual Basic adalah bahasa pemprograman yang paling mudah dikuasai oleh para pengguna. Dalam versi yang terbaru ini, program Visual Basic 2005 (disingkat VB 2005) menawarkan banyak kemudahan lagi dibandingkan versi-versi sebelumnya, antara lain teknik pemprogram dapat dibuat lebih berstruktur dan lebih banyak bantuan dalam pemprograman. Jauh lebih mudah untuk menguasainya dibandingkan dengan versinya yang terdahulu, yaitu Visual Basic 6 (disingkat VB6). Ada banyak perubahan dalam VB 2005 ini dibandingkan VB6, antara lain:

  • Bahasa pemprograman sekarang benar-benar bahasa berbasis objek (Object Oriented Programming), sedangkan VB6 bukan bahasa berbasis object.
  • Aplikasi dan komponen yang ditulis di VB 2005 mempunyai akses penuh ke Net Framework. Sedangkan di VB6 tidak dikenal atau tidak digunakan Net Framework.
  • Semua aplikasi yang dibuat beroperasi dalam manajemen Common Language Runtime (CLR).

2.    Kepentingan Visual Basic.Net 2005

Microsoft Visual basic.Net adalah sebuah alat untuk mengembangkan dan membangunkan aplikasi yang bergerak di atas sistem .NET Framework, dengan mengunakan bahasa BASIC.

-  Menyediakan antaramuka grafik dengan mudah,
- Mengawal pelaksanaan aturcara..
- Melakukan aturcara secara berstruktur.
- Mengawal ralat dengan mudah.


 3.     Asas menggunakan perisian Visual Basic 2005

3.1  Pengenalan kepada ikon-ikon di dalam perisian Visual Basic 2005


RAJAH 1

3.2  Keterangan kegunaan setiap ikon-ikon di dalam perisian Visual Basic 2005

IKON

KETERANGAN

Menu Bar

Merupakan menu standart pada visual basic studio 2005

Tool Bar

     Daftar  tool (perangkat) untuk menjalankan perintah yang sering digunakan di dalam aplikasi

Tool Box

   Daftar control yang dapat ditambahkan ke dalam program sebagai antaramuka (interface)

Form Designer

       Digunakan untuk mengedit tampilan form serta menyusun posisi kontrol pada form.

    Solution Explorer

     Digunakan untuk mengolah file dan projek berhubungan denagn solution.

Properties

  Digunakan untuk mengedit property dari form dan kontrol yang sedang diedit.

Error List

Menampilkan pesanan kesalahan dan ralat jika ada.






4.    Pengenalan Algoritma

4.1 Sebelum suatu fail pengaturcaraan komputer ditulis, perancangan awal merupakan amalan utama yang perlu dibuat. Penghasilan algoritma merupakan perkara pertama bagi menyelesaikan masalah dalam penyediaan pengaturcaraan.
Algoritma ialah satu set aturan atau proses yang telah ditentukan dan telah ditakrif untuk dibangunkan bagi penyelesaian sesuatu masalah. Algoritma digunakan bagi mentafsirkan masalah ke dalam bentuk yang mudah difahami.
Algoritma perlu memenuhi ciri-ciri berikut:
o        Input                        : mesti mempunyai input
o        Output                     : menghasilkan output yang bermakna
o        Tidak ambigious     : setiap langkah dalam algoritma adalah jelas
o        Betul                       : mesti betul dan dapat menyelesaikan masalah
o        Terhingga               : mempunyai had atau penamat
o        Berkesan
o        Bahasa yang mudah difahami
Algoritma boleh diwakili atau dibentuk dengan pelbagai cara. Dua cara yang biasa digunakan ialah kod pseudo dan carta alir.
4.2 Contoh Algoritma

Ă˜  Anda ingin meminjam sebuah buku dari perpustakaan. Nyatakan proses yang perlu anda lalui sehingga anda memiliki buku tersebut.
Contoh algoritma bagi masalah di atas:
mula
masuk ke dalam perpustakaan
cari buku yang dikehendaki
jika buku dijumpai, pergi kaunter untuk pinjam
jika buku tidak dijumpai
datang hari kemudiannya
keluar perpustakaan
tamat

5.    Carta Alir

5.1 Carta alir merupakan proses kerja asas untuk membina sesebuah projek perisian, carta alir juga digunakan untuk menjadikan sesebuah projek perisian itu mempunyai susunan pemprosesan yang teratur dan sistematik.

5.2  Simbol yang biasa digunakan untuk membina carta alir.








No comments:

Post a Comment