Sunday 8 July 2012

PENGENALAN DAN PEMASANGAN KABEL UTP(UNSHIELDED TWISTED PAIR)


  1. Definisi / maksud kabel

Kabel adalah pengantaraan bagi pergerakan data dari satu peralatan rangkaian ke satu peralatan rangkaian yang lain.Terdapat beberapa jenis kabel yang biasa digunakan di dalam LAN (Local Area Network).Di dalam sesuatu rangkaian hanya  menggunakan satu jenis kabel sahaja tetapi kebanyakan rangkaian menggunakan pelbagai jenis kabel.Jenis kabel yang dipilih untuk rangkaian adalah bergantung kepada topologi,protokol dan saiz yang digunakan kerana ia berhubung kait dengan rangkaian dan amat penting untuk membina sesuatu rangkaian komputer yang baik.

1.1 Jenis kabel Twisted Pair

Kabel Twisted Pair terbahagi kepada 2 jenis iaitu Shielded Twisted Pair (STP) dan Unshielded Twisted Pair (UTP).



1.1.1     Ciri-ciri kabel Twisted Pair ialah:-
a)    Ianya boleh digunakan untuk Token Ring (4@16MBps), 10BaseT (Ethernet 10MBps), 100BaseT (100MBps).
b)    Kos yang digunakan murah.
c)    Mudah untuk diputuskan / ditamatkan (terminated) dengan menggunakancrimp connector yang sesuai.

1.2 Unshielded Twisted Pair (UTP)

Didalam sistem rangkaian ,kabel UTP kerap digunakan dan merupakan pilihan yang sesuai digunakan untuk sistem rangkaian sekolah. Kabel UTP yang biasa digunakan adalah kabel yang terdiri dari 4 pasang kabel yang terpilih.Dari 8 kabel hanya 4 sahaja yang digunakan  untuk mengirim dan menerima data (Ethernet).

  1. Standard EIA /TIA 568
Standard EIA /TIA 568 menjelaskan  spesifikasi kabel UTP sebagai aturan dalam  pemasangan kabel di dalam jaringan computer.EIA/TIA menggunakan istilah kategori untuk membezakan jenis kabel UTP.Terdapat 5 jenis kategori  bagi kabel UTP iaitu:-

Kategori
Kegunaan
1
Untuk wayar telefon (suara sahaja)
2
Penghantaran data sehingga 4MBps (Local Talk) dan sering digunakan pada sistem PBX dan sistem alarm.
3
Penghantaran data sehingga 10MBps (Ethernet)
4
Penghantaran data sehingga 20MBps (16MBps token Ring)
5
a.            Disebut data grade dan merupakan kabel UTP yang terbaik.
b.           Penghantaran data sehingga 100MBps (Fast Ethernet).
c.           Panjang segmen kabel maksimum dari node ke repeater adalah
          100 meter.


1.1  Kabel UTP CAT 5

                      i.        Kabel UTP CAT 5 (kategori 5) adalah paling terkenal (popular) digunakan.
                     ii.        Terdiri daripada 4 pasang kawat twisted pair yang membawa jumlah 8 kawat didalam satu kabel UTP.
                    iii.        Setiap pasang kawat diberikan kod warna pertama iaitu biru,oren,hijau dan coklat manakala pasangannya mempunyai warna putih,berbelang dan warna pertama.
                    iv.        Pada hujung kabel CAT 5 ini dipasangkan dengan penyambung yang dikenali sebagai RJ45.
                     v.        RJ45 mempunyai bentuk yang hampir sama dengan penyambung telefon di rumah iaitu RJ11.
                    vi.        RJ 45 merupakan standard penyambung yang digunakan dalam pemasangan  kabel UTP.
                   vii.        Panjang minimum pemasangan kabel UTP ialah 100 meter.
                  viii.        Di dalam CAT 5 tidak kesemua kawat yang dipakai,hanya kawat yang berhubung pada pin 1,2,3, dan 6 sahaja yang digunakan untuk menerima data.

  1. Jenis pemasangan kabel UTP


2.1 Pemasangan lurus (straight Cable)

Pemasangan jenis ini biasa digunakan untuk menghubungkan  HUB dengan computer.

Jadual 3.1 Susunan Warna Type A

Pin
Warna
Pin
1
Putih / Jingga
1
2
Jingga
2
3
Putih / Hijau
3
4
Biru
4
5
Putih / Biru
5
6
Hijau
6
7
Putih / Coklat
7
8
Coklat
8


2.2 Pemasangan terbalik (Cross Cable)

Pemasangan ini digunakan untuk komunikasi antara computer tanpa menggunakan  HUB.Jenis susunan kabel yang digunakan dalam sistem rangkaian sesebuah bangunan ialah Type B.

Jadual 3.2 Susunan Warna Type B

Pin
Warna
Pin
1
Putih / Hijau
1
2
Hijau
2
3
Putih / Jingga
3
4
Biru
4
5
Putih / Biru
5
6
Jingga
6
7
Putih / Coklat
7
8
Coklat
8




No comments:

Post a Comment